Sunday 20 March 2016

Aktiviti Hujung Minggu

Kita bekerja 5 hari dalam seminggu dan bekerja selama 8 jam, waktu hujung minggu mesti kita nak gunakan dengan baik untuk rehatkan minda dari memikirkan pasal perihal kerja. Takkan 24jam asyik memikirkan tentang kerja yang tiada berkesudahankan? So kita bekerja untuk hidup bukan hidup untuk bekerja.


Bagi aku hujung minggu memang aku nanti nantikan. Start hari Jumaat aku dah exited Waktu aku boleh rehat sepuas puasnyer tido bangun makan and repeat selama dua hari itu pun kalau tak de bende yang nak dibuat.


Waktu petang aku banyak habiskan sedikit masa untuk "duduk duduk" di Taman Tasik Bukit Layang Layang Pasir Gudang. Ramai juga yang pergi kesitu waktu petang sebab ramai mak mak dan bapak bapak serta anak anak pergi situ. Tak lupa juga grup mat motor yang masing masing nak tunjukkan betapa gahnya aku ada motorsikal kapcai yang boleh dibawa kehulu kehilir. Kih kih kih. Ok hal masing masing asal dia tak menyusahkan aku kenapa perlu sibukkan?


Dengan siapa aku keluar? Aku akan pergi ke situ keseorangan, tak perlu risau dengan orang sekeliling sebab kat situ ramai bukan sunyi. Jadi aku rasa diri aku tak terancam. Kalau bab nk pergi le tempat nk tenangkan fikiran ni aku prefer keseorangan kalau tak pon dengan kawan aku seorang dua dengan syarat bukan yg jenis selalu bual pasal kelebihan diri sendiri. To be honest aku bukan jenis yg suka bercerita pasal kelebihan apa yg aku ada walaupun aku sendiri pun tak tau apa kelebihan aku ada tak de pada orang lain. Kih kih.

Saturday 19 March 2016

Entri general

Dah nama blog pun penulis bebas, so aku akan tulis ikut citarasa aku. Tapi tu bukan bermakna aku nak tulis benda yang boleh membuatkan orang rasa cemburu dengan kehidupan aku atau boleh mendatangkan rasa jijik dan benci dengan aku walaupun pembaca tak mengenali diri aku. Dengan erti kata lain tulis entri syok sendiri, dan kau perlu tahu bahawa aku ni tak suka dengan orang yang syok sendiri.

Rata ratanya orang yang ada blog selalunya akan tulis pasal benda yang berlaku di sekeliling mereka. Tak kisah sama de benda tu mungkin satu pengalaman yang boleh membuatkan orang rasa terpikir dengan kehidupan kisah menarik kehidupan penulis atau boleh kongsi sebagai panduan.

Aku tak seberapa nak suka sebenarnya kalau ada blog tapi banyak cerita kehidupan nasib baik diri yang kau lalui. ok aku bagi contoh, selalu cerita pasal kerjaya serta profesion kau yang kalau orang baca pasal kau boleh mebuatkan orang lain meluat sebab banyak sangat unsur takbur serta bangga pada diri plus bandingkan diri dengan orang lain. .

Tak eloklah kiranya kita bandingkan nasib diri ang lebih baik di compare kan dengan nasib orang lain yang kurang bernasib baik. Kerjaya best dan kehidupan best semua tu sebenarnya satu bentuk ujian bagaimana kau  boleh lalui ujian tu. Pun begitu jangan pula kau anggap kerjaya best yang kau perolehi tu adalah dari segala amal ibadah yang kau lalukan. 

Tapi melalui pemerhatian serta pengalaman yang selama aku hidup di muka bumi ni, pada usia 27 tahun as at 20 march 2016, tak elok sebenarnya nak berbangga serta bongkak dengan apa yang kita ada, sebab takut tuhan akan tarik semua benda yang kita bangga kan tu suatu hari nanti. Jadi elok kita sorokkan dari menceritakan dan hebahkan orang lain.

Ada lagi tak? rasanya itu jer, kalau ada lagi aku tulis. 

K Bye.


First Entry

I'm must to say Hi too all readers outside.
This is my first entry, in my second blog. FYI, the first blog already delete and i need to start with the new blog and feel happy to write somethings.